inilah buktinya dah ke ATM..semoga terus berjaya dalam ATM
Friday, December 9, 2011
Sunday, December 4, 2011
zaquan & aidil sertai ATM
Berdasarkan sumber, Aidil dan Zaquan bersetuju menyertai ATM yang kini dibimbing oleh bekas jurulatih kebangsaan serta Kelantan, B. Sathianathan dan telah menandatangani kontrak bagi beraksi dengan pasukan yang akan bermain di saingan Liga Perdana pada musim hadapan.
Saturday, November 26, 2011
cuba korang tengok betul2..hehehe
tengok betol2 apa yang tak kena dengan gambar ni...
sapa dapat cam apa yang tek kena,,sila komen,,hehehe,
ayu raudhah keguguran,zaquan pasrah
gambar terbaru kembar
asalamualaikum semua,,,
lama sangat tak update blog ni,,
maaf ya,,
lama sangat tak update blog ni,,
maaf ya,,
Saturday, April 9, 2011
admin bz sory sesangat
terlebih dahulu terima kasih kepada anda yg sudi baca n follow blog ni
sy selaku admin blog ni memohon jutaan maaf sebb lama sangat tak update blog ni
kerana sangat sibuk sekali dengan aktiviti seharian dan tugas lain
jadi disini,sy senaraikan beberapa blog,laman facebook and twitter kembar untk anda ikuti
http://www.facebook.com/pages/Aidil-Zafuan-Zaquan-Adha/152840538088884
http://www.facebook.com/pages/Aidil-Zafuan-Abdul-Razak-Fans/179550495389206
http://twitter.com/AiritRudaini
http://www.facebook.com/pages/Kami-Peminat-Zaquan-Adha-Dan-Ayu-Raudah/141629829238541
sekian harap maklum,,,,
sy selaku admin blog ni memohon jutaan maaf sebb lama sangat tak update blog ni
kerana sangat sibuk sekali dengan aktiviti seharian dan tugas lain
jadi disini,sy senaraikan beberapa blog,laman facebook and twitter kembar untk anda ikuti
http://www.facebook.com/pages/Aidil-Zafuan-Zaquan-Adha/152840538088884
http://www.facebook.com/pages/Aidil-Zafuan-Abdul-Razak-Fans/179550495389206
http://twitter.com/AiritRudaini
http://www.facebook.com/pages/Kami-Peminat-Zaquan-Adha-Dan-Ayu-Raudah/141629829238541
sekian harap maklum,,,,
Monday, February 14, 2011
siapa CHOMEL??
Post ni mungkin agak lain sedikit dari hari-hari biasa. Post ini tak ade kena mengena pun dengan kembar kita zaquan dan aidil. Tapi saya ingin memberitahu yang saya juga telah mewujudkan satu fan page untuk CHOMEL. Pada yang belum tahu atau tak pernah kenal siapa CHOMEL, boleh lihat di fan page nya. Idea untuk create page for Chomel wujud atas beberapa sebab
1) Sebab die cute (wahahaaha)
2) Sebab nyanyian dia bagus sangat (tak percaya leh dengar sendiri)
3) Sebab dia boleh cipta lagu sendiri (sumpah best)
dan banyak lagi sebabnya... Pada saya tak perlu lah diskriminasi dalam soal bakat ni. Walaupun imejnya nampak macam pengkid, as long as bakatnya mampu menghiburkan kita, its ok for me
Ada yang tanya,kenapa Chomel? kenapa tak orang lain sebab kat youtube ramai lagi yang berbakat. Sebenarnye sebab muzik yang dia cipta tu kena dengan jiwa saya. Dan saya hampir 100% pasti anda pun akan suka sebab lagu2 nya semua jiwang dan mendayu2. Jika anda suka,boleh LIKE page Chomel dan sebarkannya. Terimakasih.http://www.facebook.com/pages/Chomel/175296045846645
Friday, February 4, 2011
VCD PERKAHWINAN ZAQUAN & AYU??
salam sejahtera. hmm,mungkinkah perkahwinan zaquan dan ayu ini akan menjadi wedding of the year untuk tahun 2011. yelah,kedua duanya selebriti popular sepertimana erra dan yusry dahulu.. Mungkinkah impaknya sama seperti erra dan yusry? maksud saya dari segi jualan buku perkahwinan dan vcd perkawninan mereka.
mungkinkah zaquan dan ayu juga akan menghasilkan vcd perkahwinan mereka selepas ini?
ada ke?? hahaaha..try2 la usha kat kedai cd kot2 ada. Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga perkahwinan ini yang pertama dan terakhir untuk mereka.Insyaallah. sekian
Monday, January 31, 2011
Rita Rudaini Tamatkan Sengketa Dengan Mertua.ALHAMDULILLAH
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak di sini pada malam Khamis lalu apabila suami Rita, Aidil Zafuan,24, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad,58, dan Abdul Radzak Salleh,61, untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
“Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” kata Azizah sambil memeluk menantunya dengan linangan air mata.
Rita juga turut mencium tangan Abdul Radzak sambil kedua-dua mereka meminta maaf di atas segala masalah yang telah berlaku selama ini.
Detik-detik itu turut disaksikan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Bukan sahaja bermaaf-maafan malah Rita yang kini mengandung lima bulan anak kedua turut menjemput ibu bapa mertuanya itu melawat cucu mereka di rumahnya di Manjalara, Kuala Lumpur pada masa akan datang.
“Kalau mak dengan ayah rindu dekat Rayyan, boleh datang melawat,” kata Rita yang tentunya berasa lega dengan peristiwa bersejarah itu.
Kedua-dua pihak memanjatkan rasa syukur kerana kekeruhan yang berlaku dapat dijernihkan apabila mereka berjaya menamatkan sengketa yang telah berlaku.
Rita dan Aidil bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada bulan Februari 2008 sehingga menimbulkan kekecohan apabila perkahwinan berkenaan tidak mendapat restu keluarga.
Akibat kejadian itu, kedua-dua pihak gagal mencapai persefahaman untuk berdamai sehinggalah ia berpanjangan.
Selain Aidil Zafuan, kembar bintang bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan tersebut iaitu Zaquan Adha turut memilih artis sebagai isteri apabila bernikah dengan Ayu Raudhah pada 21 Januari lalu.
Alhamdulillah,syukur segalanya telah pun selesai..semuanya sudah berbaik.. Saya selaku penulis blog ini mengucapkan kesyukuran diatas berakhirnya segala perengketaan ini. Sama2 kita berdoa agar mereka sentiasa berbaik2 hendaknya
Saturday, January 29, 2011
Ayu Raudhah menantu kesayangan???
salam..nak mintak pandangan korang lah..wajar ke wartawan tulis ayu raudhah menantu kesayangan keluarga zaquan adha??
Bagi saya rasanya agak keterlaluan la kenyataan ni.. Lagi pun mereka baru sangat lagi berkahwin. Bukan membenci ayu raudhah, tapi rasanya kenyataan tu terlalu hype. Apa pula pandangan dan perasaan kak rita rudaini apabila baca tajuk ni?? Mesti la dia terasa. Hmm.. harap2 lain kali wartawan lebih peka isu sensitif macam ni. Jangan disebabkan tajuk2 sebegini, menyebabkan hubungan anda dengan rita renggang pula. Atau wartawan ni memang tak suka rita rudaini. Atau pun saja nk lariskan majalah.. Huhu.. Bukan niat menyebelahi rita, tapi rasanya korang boleh fikir wajar atau tak tajuk tu.
Terima kasih pada yang sudi follow blog ni..:)
Wednesday, January 26, 2011
Sebarkan Blog Ini Jika Anda Sukakannya
kewujudan blog ni bukan untuk bersaing dengan blog aidil dan zaquan yang sedia ada. Namun blog ni saya wujudkan kerana saya ingin berkongsi tentang mereka dengan anda semua. Apa yang saya tahu mungkin anda tak tahu. Mungkin apa yang anda tahu saya tak tahu. itu saja. Jadi tak timbul niat nak bersaing dengan sesiapa atau mana2 blog lain.
jika anda rasakan ianya patut disebarkan, sebarkan lah. Dan jika anda sudi menjadi follower,terima kasih diucapkan
Tuesday, January 25, 2011
Semoga Kekal Ke Akhir Hayat
alhamdulillah, kedua-dua kembar idaman malaya ini akhirnya dimiliki. Harapan saya semoga mereka bahagia bersama pasangan masing-masing. kalau boleh segala persengketaan sama ada antara ayu dan rita (seperti yang anda semua tahu) mahu pun masalah hubungan antara rita dan mertua dapat dipulihkan segera. alangkah indahnya jika semuanya berdamai saja.
Monday, January 24, 2011
Rita Tidak Hadir Perkahwinan Zaquan
Sejak perkahwinan mereka, nyata kehidupan rumah tangga pasangan Mohd Aidil Zafuan,23 dan Rita Rudaini Mokhtar,34 ini tidak sudah-sudah dilanda kontroversi. Dari perkahwinan mereka di Siam sehingglah kepada penerimaan keluarga sebelah lelaki terhadap menantunya, nyata pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi.Begitulah perjalanan kisah rumah tangga pasangan Aidil Zafuan dan Rita Rudaini Mokhtar, 34. Terbaru ialah kes Aidil memfailkan permohonan sulh dan hak penjagaan anak terhadap isterinya. Konflik rumah tangga ini kemudian membawa kepada ketidak hadiran Rita ke majlis akad nikah dan resepsi kembar Aidil, Zaquan Adha dan isterinya, Ayu Raudhah.
Ketika ditanya punca ketiadaan Rita ke majlis tersebut, Aidil menjelaskan isterinya tidak dapat hadir kerana sedang sarat mengandung 5 bulan untuk anak kedua mereka.
"Dia kini sedang sarat mengandung anak kedua kami 5 bulan, jadi saya nasihatkan dia untuk berehat saja di rumah di Kuala Lumpur. Tapi Insya Allah untuk majlis resepsi kedua di Paroi, Negeri Sembilan, dia akan hadir kerana jaraknya lebih dekat", ujar pemain pertahanan Negeri Sembilan itu.
Mengulas tentang perkahwinan adiknya pula, Aidil mengharapkan Zaquan dapat menjadi suami yang bertanggungjawab dan menjalan tugasnya sebagai suami sebaik mungkin.
"Saya mendoakan kebahagiaan Zaquan dan isterinya Ayu. Semoga dengan perkahwinan ini dapat mematangkan lagi Zaquan, dia harus ingat dia bukan lagi lelaki bujang seperti dahulu dan tanggungjawab sebagai suami ini berat.
"Sebagai seorang abang saya mendoakan yang terbaik untuk adik saya", jelas Aidil yang begitu syahdu sehingga menitiskan air mata selepas majlis akad nikah Zaquan.
Aidil dan Zaquan akan kembali menjalani latihan bersama skuad bola sepak Negeri Sembilan penghujung bulan ini untuk saingan Liga Malaysia 2011
zaquan adha berkahwin
tahniah diucapkan kepada zaquan adha dan pasangannya ayu raudhah yang telah selamat diijabkabul 21 januari pada puluk 3:45 petang. ayu sah menjadi isteri zaquan dengan sekali lafaz. zaquan yang kelihatan begitu sebak sehingga mengalirkan airmata mengakui yang dia sangat bersyukur kerana seluruh ahli keluarga hadir bersama-sama dihari perkahwinannya termasuk kembarnya aidil zafuan. disini saya sertakan gambar sekitar perkahwinan mereka
kepada zaquan dan ayu, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)