Thursday, November 18, 2010

aidil zafuan cedera


Mungkin sudah lumrah bagi pasangan kembar,setiap apa yang melanda salah sorang antara mereka, pasti bakal menimpa pasangan mereka pula. Baru-baru ini zaquan adha telah mengalami kecederaan yang memaksanya berehat selama 6 bulan. bagi saya ini mungkin satu hikmah kepadanya untuk menumpukan masa terhadap majlis pernikahan antara dia dan ayu raudhah..

Dan ketika final piala Malaysia baru-baru ini,aidil zafuan pula dilanda kecederaan yang serius,dan dia juga bakal berehat selama 6 bulan dan terlepas beberapa kejohanan besar akhir tahun ini. Hikmahnya, pada pandangan saya la..,aidil boleh meluangkan masa yang lebih untuk menguruskan rumah tangganya yang di landa konflik baru-baru ini.

 Kepada aidil, harapan saya agar anda tidak melibatkan orang luar dalam hal rumahtangga kerana sebagai ketua keluarga, anda sepatutnya membela dan mempertahankan rumahtangga yang dibina. Jangan  sesekali mengungkapkan cerai kerana perkara itu akan menyebabkan pintu syurga bergegar..Selesaikan dengan baik.
HMM.. mungkin aidil boleh mengimbas kembali bagaimana sukarnya ketika mengambil keputusan nekad untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga demi cinta kepada rita rudaini. Dan setelah melalui semua itu, anda lah sepatutnya berdiri teguh dibelakang isteri yang dikahwini itu.Jika tidak aidil,siapa lagi..?

zaquan adha bertunang


Zaquan Adha dan Ayu Raudah sudahpun bertunang pada 17 Oktober lalu dimana majlis yang pada asalnya hanyalah untuk merisik telah disekalikan dengan majlis pertunangan. Mungkin kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk mempercepatkan ikatan pertunangan antara Zaquan Adha dan Ayu Raudah, maka ianya pun dilakukan.Mengikut perancangan, Zaquan Adha dan Ayu Raudah akan bernikah pada 20 Januari tahun hadapan (2011) dimana majlis pernikahan akan dilakukan di kampung Ayu Raudah iaitu di Kedah.
Tahniah diucapkan kepada mereka, semoga berbahagia selamanya

blog tentang kembar aidil dan zaquan

salam 1 malaysia.blog ini didedikasi khas untuk semua peminat kembar aidil zafuan dan zaquan adha. memang sebenarnya aidil dan zaquan telah mempunyai bolg rasmi iaitu azfc.blogspot.com tetapi blog itu seolah2 tidak diupdated dengan jayanya oleh admin berkenaan.huhuu. jadi,saya sebagai peminat mereka mengambil inisiatif(betulkan kalau salah) untuk memberi perkembangan atau cerita terkini tentang mereka atleast 2 kali seminggu,insyaallah.kepada semua peminat aidil dan zaquan,rajin2 lah singgah ya. saya akan updated gambar dan perkembangan terkini tentang kembar idaman malaya ini.sekian untuk entri pertama ini.jumpa lagi