Thursday, November 18, 2010

aidil zafuan cedera


Mungkin sudah lumrah bagi pasangan kembar,setiap apa yang melanda salah sorang antara mereka, pasti bakal menimpa pasangan mereka pula. Baru-baru ini zaquan adha telah mengalami kecederaan yang memaksanya berehat selama 6 bulan. bagi saya ini mungkin satu hikmah kepadanya untuk menumpukan masa terhadap majlis pernikahan antara dia dan ayu raudhah..

Dan ketika final piala Malaysia baru-baru ini,aidil zafuan pula dilanda kecederaan yang serius,dan dia juga bakal berehat selama 6 bulan dan terlepas beberapa kejohanan besar akhir tahun ini. Hikmahnya, pada pandangan saya la..,aidil boleh meluangkan masa yang lebih untuk menguruskan rumah tangganya yang di landa konflik baru-baru ini.

 Kepada aidil, harapan saya agar anda tidak melibatkan orang luar dalam hal rumahtangga kerana sebagai ketua keluarga, anda sepatutnya membela dan mempertahankan rumahtangga yang dibina. Jangan  sesekali mengungkapkan cerai kerana perkara itu akan menyebabkan pintu syurga bergegar..Selesaikan dengan baik.
HMM.. mungkin aidil boleh mengimbas kembali bagaimana sukarnya ketika mengambil keputusan nekad untuk berkahwin tanpa pengetahuan keluarga demi cinta kepada rita rudaini. Dan setelah melalui semua itu, anda lah sepatutnya berdiri teguh dibelakang isteri yang dikahwini itu.Jika tidak aidil,siapa lagi..?

No comments:

Post a Comment