Monday, February 14, 2011

siapa CHOMEL??


Post ni mungkin agak lain sedikit dari hari-hari biasa. Post ini tak ade kena mengena pun dengan kembar kita zaquan dan aidil. Tapi saya ingin memberitahu yang saya juga telah mewujudkan satu fan page untuk CHOMEL. Pada yang belum tahu atau tak pernah kenal siapa CHOMEL, boleh lihat di fan page nya. Idea untuk create page for Chomel wujud atas beberapa sebab

1) Sebab die cute (wahahaaha)
2) Sebab nyanyian dia bagus sangat (tak percaya leh dengar sendiri)
3) Sebab dia boleh cipta lagu sendiri (sumpah best)

dan banyak lagi sebabnya... Pada saya tak perlu lah diskriminasi dalam soal bakat ni. Walaupun imejnya nampak  macam pengkid, as long as bakatnya mampu menghiburkan kita, its ok for me

Ada yang tanya,kenapa Chomel? kenapa tak orang lain sebab kat youtube ramai lagi yang berbakat. Sebenarnye sebab muzik yang dia cipta tu kena dengan jiwa saya. Dan saya hampir 100% pasti anda pun akan suka sebab lagu2 nya semua jiwang dan mendayu2. Jika anda suka,boleh LIKE page Chomel dan sebarkannya. Terimakasih.http://www.facebook.com/pages/Chomel/175296045846645

Friday, February 4, 2011

VCD PERKAHWINAN ZAQUAN & AYU??

salam sejahtera. hmm,mungkinkah perkahwinan zaquan dan ayu ini akan menjadi wedding of the year untuk tahun 2011. yelah,kedua duanya selebriti popular sepertimana erra dan yusry dahulu.. Mungkinkah impaknya sama seperti erra dan yusry? maksud saya dari segi jualan buku perkahwinan dan vcd perkawninan mereka.

mungkinkah zaquan dan ayu juga akan menghasilkan vcd perkahwinan mereka selepas ini?

ada ke?? hahaaha..try2 la usha kat kedai cd kot2 ada. Apa-apapun kita doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga perkahwinan ini yang pertama dan terakhir untuk mereka.Insyaallah. sekian